Karnival ramah mesra MPK bersama Pangsapuri Amazing Heights, Sungai Udang Klang telah diadakan pada 5hb Oktober 2013(Sabtu) dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Karnival yang julung kali diadakan in adalah kerjasama diantara Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPK, urusetia Program Local Agenda 21, Jabatan Perancang Bandar dan JMB Amazing Heights dan Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr Hajah Halimah Ali, ADUN Kawasan Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan turut di hadiri oleh Yang Berhormat Iskandar Samad, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Ahli Parlimen Kapar, Yang Berhormat Manivanan Gowin, Timbalan Yang DiPertua MPK, Ahli Majlis MPK dan Pengerusi JMB Amazing Heights dan AJK.
Karnival ini diadakan bertujuan membentuk perkongsian erat MPK dengan masyarakat dan agensi.NGO berkaitan Program LA 21 dan kesedaran penjagaan alam sekitar melalui amalan kitar semula dan penanaman pokok dan River Ranger Sungai Klang Zon 1: MPK (RR Sungai Udang, RR Sg Pinang Bandar, RR Kpg Delek dan RR Rantau Panjang) turut menyertai Karnival tersebut dengan demonstrasi kitar semula minyak masak menjadi lilin dan sabun.
Monday, 7 October 2013
Wednesday, 2 October 2013
PEMBERSIHAN PARIT DAN TEBANG POKOK DI PARIT PERSIMPANGAN JALAN HASSAN SUNGAI UDANG
Kerja-kerja pembersihan parit dan tebang pokok didalam parit diPersimpangan Jalan Hassan Sungai Udang yang menghalang penglihatan pengguna jalanraya di Persimpangan tersebut telah dijalankan pada 2 Oktober 2013 yang dilaksanakan oleh Biro Kesihatan dan Keceriaan JKKK Sungai Udang dan dibantu oleh River Ranger Sungai Udang.
Sunday, 15 September 2013
PEMBERSIHAN PARIT TERSUMBAT DI HADAPAN SURAU AS-SYUKRIAH JALAN YADI PADA 12 SEPTEMBER 2013
Pembersihan parit tersumbat dihadapan Suau As-Syukriah Jalan Yadi pada 12 September 2013 telah dilaksanakan oleh petugas-petugas dari Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK yang dipantau oleh Tuan Hj Nasiron, pegawai JPP MPK dan dibantu oleh JKKK Sungai Udang dan River Ranger Sungai Udang.
PENGEMASKINIAN LAMAN WEB RIVER RANGER SUNGAI KLANG ZON 1:MPK
Pengemaskinian laman web River Ranger Zon 1:MPK telah diadakan di E-Perpustakaan MPK Jalan Tengku Kelana, Klang pada 24 Julai 2013 yang bertujuan untuk memberi maklumat dan informasi yang terkini kepada orang ramai berkenaan aktiviti dan kegiatan Kumpulan R,iver Ranger Sungai Klang samada secara berkumpulan ataupun di peringkat kawasan masing-masing.
Friday, 26 July 2013
PUTRAJAYA FLORIA 2013
Karnival Floria 2013 telah diadakan di Putrajaya dari 21 Jun hingga 30 Jun yang lalu. MPK turut menyertai pameran dan pertandingan Floria dengan konsep alam semula jadi dengan bahan-bahan terbuang seperti tin aluminium dan botol-botol air menjadi pintu gerbang dan minyak masak terpakai menjadi lilin dan sabun.
Friday, 19 July 2013
MESYUARAT KEBUN KOMUNITI BERSAMA JABATAN TAMAN & REKREASI MPK 18 JULAI 2013
RR Sungai Udang bersama RR Sungai Klang yang lain dan Jabatan Perancang Bandar, MPK telah menghadiri mesyuarat dengan Jabatan Taman & Rekreasi,MPK berkenaan cadangan Program Kebun Komuniti di kawasan RR masing-masing pada 18 Julai 2013. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah berkaitan dengan jenis tanaman komersial, kawasan, penglibatan masyarakat setempat, garis panduan, latihan, peruntukan dan pelaksanaan Program dan dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh dua bulan.
BUBUR LAMBUK RAMADHAN 1434H ANJURAN BERSAMA JKKK & RIVER RANGER SUNGAI UDANG PADA 14 & 28 JULAI 2013
AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN!!!Program Bubur lambuk yang telah menjadi tradisi sekian lama kali ini dijalankan bersama JKKK Sungai Udang dan lokasinya di perkarangan rumah Haji Ramli bin Nordin, Bendahari River Ranger Sungai Udang. Disebabkan kebanyakan ahli-ahli JKKK dan RR masih bekerja samada disektor kerajaan atau swasta maka Program ini hanya dapat dilaksanakan pada hari Ahad di bulan Ramadhan.
Thursday, 18 July 2013
CSR: POSCO MALAYSIA SDN BHD BERSAMA MPK DAN RR SUNGAI KLANG ZON 1: MPK DI TAMAN RAKYAT PADA 15 JUN 2013
POSCO FAMILY VOLUNTEER- Itulah tema Program yang telah diadakan pada 15 Jun 2013 di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas. Yang Berhormat Dr Xavier Jayakumar ADUN Andalas bersama-sama NYDP MPK, Tuan Haji Mohd Ikhsan bin Mukri bersama pegawai-pegawai dari MPK, Pengurus Besar POSCO Malaysia Sdn Bhd dan staf syarikat dan tidak ketinggalan River Ranger Sungai Klang (RR Sg Udang, RR Kpg Delek, RR Sg Pinang Bandar, RR Batu Tiga Kapar dan RR Kpg Kuantan turut hadir pada Program tersebut.
Pelbagai aktiviti sebelum dan semasa Program berlangsung telah dijalankan seperti senam robik (poco-poco), mengutip/menyapu sampah, dahan-dahan /ranting-ranting reput, pembersihan kawasan dan mengecat tangga besi di sekitar Taman Rakyat dan pagar sekeliling kolam ikan.
Program ini berakhir sekitar jam 1.30 tengahhari.
Pelbagai aktiviti sebelum dan semasa Program berlangsung telah dijalankan seperti senam robik (poco-poco), mengutip/menyapu sampah, dahan-dahan /ranting-ranting reput, pembersihan kawasan dan mengecat tangga besi di sekitar Taman Rakyat dan pagar sekeliling kolam ikan.
Program ini berakhir sekitar jam 1.30 tengahhari.
LAWATAN KERJA KE PUSAT KOMUNITI JPS, ULU PENCALA PADA 21 MEI 2013
Satu lawatan kerja telah dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Taman & Rekreasi MPK bersama-sama RR Sungai Klang pada 21 Mei 2013 untuk mempelajari cara-cara membuat lilin dan sabun dari sisa minyak masak terpakai dan bahan terbuang.
Sehubungan dari kerja-kerja praktikal yang di tunjuk ajar maka saksikanlah hasil buatan tangan kami untuk tatapan pengunjung Blog ini.
Sehubungan dari kerja-kerja praktikal yang di tunjuk ajar maka saksikanlah hasil buatan tangan kami untuk tatapan pengunjung Blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)