Friday, 26 July 2013

PUTRAJAYA FLORIA 2013





Karnival Floria 2013 telah diadakan di Putrajaya dari 21 Jun hingga 30 Jun yang lalu.  MPK turut menyertai pameran dan pertandingan Floria dengan konsep alam semula jadi dengan bahan-bahan terbuang seperti tin aluminium dan botol-botol air menjadi pintu gerbang dan minyak masak terpakai menjadi lilin dan sabun.

 














Friday, 19 July 2013

MESYUARAT KEBUN KOMUNITI BERSAMA JABATAN TAMAN & REKREASI MPK 18 JULAI 2013

RR Sungai Udang bersama RR Sungai Klang yang lain dan Jabatan Perancang Bandar, MPK telah menghadiri mesyuarat dengan Jabatan Taman & Rekreasi,MPK berkenaan cadangan Program Kebun Komuniti di kawasan RR masing-masing pada 18 Julai  2013.  Antara perkara yang telah dibincangkan adalah berkaitan dengan jenis tanaman komersial, kawasan, penglibatan masyarakat setempat, garis panduan, latihan, peruntukan dan pelaksanaan Program dan dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh dua bulan. 

BUBUR LAMBUK RAMADHAN 1434H ANJURAN BERSAMA JKKK & RIVER RANGER SUNGAI UDANG PADA 14 & 28 JULAI 2013

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN!!!Program Bubur lambuk yang telah menjadi tradisi sekian lama kali ini dijalankan bersama JKKK Sungai Udang dan lokasinya di perkarangan rumah Haji Ramli bin Nordin, Bendahari River Ranger Sungai Udang. Disebabkan kebanyakan ahli-ahli JKKK dan RR masih bekerja samada disektor kerajaan atau swasta maka Program ini hanya dapat dilaksanakan pada hari Ahad di bulan Ramadhan.











Thursday, 18 July 2013

CSR: POSCO MALAYSIA SDN BHD BERSAMA MPK DAN RR SUNGAI KLANG ZON 1: MPK DI TAMAN RAKYAT PADA 15 JUN 2013

POSCO FAMILY VOLUNTEER- Itulah tema Program yang telah diadakan pada 15 Jun 2013 di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas.  Yang Berhormat Dr Xavier Jayakumar ADUN Andalas bersama-sama NYDP  MPK, Tuan Haji Mohd Ikhsan bin Mukri bersama pegawai-pegawai dari MPK, Pengurus Besar POSCO Malaysia Sdn Bhd dan staf syarikat dan tidak ketinggalan River Ranger Sungai Klang (RR Sg Udang, RR Kpg Delek, RR Sg Pinang Bandar, RR Batu Tiga Kapar dan RR Kpg Kuantan turut hadir pada Program tersebut.

Pelbagai aktiviti sebelum dan semasa Program berlangsung  telah dijalankan seperti senam robik (poco-poco), mengutip/menyapu sampah, dahan-dahan /ranting-ranting reput, pembersihan kawasan dan mengecat  tangga besi di sekitar Taman Rakyat dan pagar sekeliling kolam ikan.

Program ini berakhir sekitar jam 1.30 tengahhari.










LAWATAN KERJA KE PUSAT KOMUNITI JPS, ULU PENCALA PADA 21 MEI 2013

Satu lawatan kerja telah dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Taman & Rekreasi MPK bersama-sama RR Sungai Klang pada 21 Mei 2013 untuk mempelajari cara-cara membuat lilin dan sabun dari sisa minyak masak terpakai dan bahan terbuang.

Sehubungan dari kerja-kerja praktikal yang di tunjuk ajar maka saksikanlah hasil buatan tangan kami untuk tatapan pengunjung Blog ini.










LAWATAN MPK DAN RR SUNGAI KLANG KE GALERI DIRAJA DAN ISTANA ALAM SHAH KLANG PADA 30 APRIL 2013

Satu lawatan dari MPK dan RR Sungai Klang telah diadakan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz dan Istana Alam Shah Klang pada 30 April yang lalu.  Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan informasi dan input juga merapatkan ukhuwah diantara orang awam dan pihak istana.  Sepanjang lawatan tersebut, kami telah diraikan dengan mesra oleh Kurator Galeri DiRaja dan Penyelia Istana Alam Shah Klang bersama dengan petugas-petugas yang lain dikedua-dua lokasi lawatan.












PEMBERSIHAN KAWASAN DI PERSEKITARAN SG BERTEK PADA 29 APRIL 2013

Program pembersihan kawasan di Jalan Sg Bertek berhampiran Pejabat ADUN Selat Klang telah diadakan pada 29 April 2013.  Kawasan tersebut sebelum ini menjadi tumpuan peniaga-peniaga menjual lemang menjelang Hari Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha namun peniaga-peniaga berkenaan kurang mengambil berat mengenai kebersihan kawasan tersebut. 








ICM:PROGRAM KITAR SEMULA MINYAK TERPAKAI:KESEDARAN KEPADA PENIAGA-PENIAGA MAKANAN 2013

Satu program kesedaran dan pendidikan berkenaan kitar semula minyak masak terpakai kepada peniaga dan pengusaha kedai makanan telah diadakan di Gerai MPK di Simpang Empat Sungai Udang, Klang Selatan dan di Emporium Makan, Klang Utara pada 27 Mac 2013.

Hasil dari program dan bancian yang telah dijalankan, masih ada sebilangan kecil pengusaha yang tidak mendapat input berkenaan program kitar semula minyak masak terpakai dan pentingnya penggunaan 'grease trap' namun setelah diberi penjelasan akhirnya mereka memahami betapa pentingnya penjagaan alam sekitar dari terus dicemari disebabkan pelupusan minyak masak terpakai yang tidak mengikut kaedah yang sebenarnya.