Thursday, 18 July 2013

LAWATAN KE KILANG KITAR SEMULA MINYAK MASAK & KOMUNITI SURAU AL HUSNA SHAH ALAM 18 JULAI 2012


Lawatan Program Pemuliharaan Sumber Air melalui Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai telah diadakan pada 18 Julai 2012  bertempat di Kris Biofuels Sdn Bhd  di Temasya Industrial Park, Shah Alam dan Surau Al Husna Seksyen 20 Shah Alam yang disertai oleh  pegawai2 dari MPK, LUAS dan ahli2 River Ranger Sungai Klang Zon 1:MPK.

Sesi taklimat berkenaan kitar semula minyak masak terpakai telah disampaikan oleh En Ja’afar bin Abdullah, Pengurus Pembangunan Bisnes Kris Biofuels Sdn Bhd. dan  peserta  telah dibawa melawat ke tempat memproses minyak masak terpakai sehingga menjadi bio-disel dan boleh digunakan semula kepada kenderaan dan ianya bukan sahaja dapat menjimatkan petrol malah menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran dan dapat dijadikan sumber pendapatan tambahan.

     Selepas makan tengahari para peserta dibawa ke  Surau Al-Husna, Shah Alam untuk solat zohor dan perkongsian pengalaman bersama komuniti Surau berhubung dengan program kitar semula khususnya merujuk kepada kejayaan komuniti Surau Al-Husna membina surau dengan menggunakan wang terkumpul hasil dari penjualan barangan kitar semula seperti surat khabar lama, sisa minyak masak terpakai, tin air minuman dan pelbagai dan akhirnya telah membuahkan kejayaan hasil kerjasama komuniti Surau Al-Husna.







No comments:

Post a Comment